FALSAFAH PENDIDIKAN

  • 0


Bahawasanya semua pelajar yang sedang belajar di Sekolah Tinggi Islam As-Sofa 
mempunyai potensi untuk berkembang menjadi “Insan Muhammadi” yang seimbang 
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. 

Ini disebabkan penerapan konsep kepatuhan kepada Allah serta mahabbah terhadap Nabi 
yang menjadi kunci asas kepada pentarbiahan di sini. 

Natijahnya, mereka ini akan berperanan aktif dalam masyarakat sebagai “Insan Muhammadi” 
yang beraqidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang sohih sekalipun mereka bergiat dalam lapangan profesional.

 Peluang yang secukupnya perlu diberikan kepada para pelajar demi merealisasikan hasrat tersebut. Kerjasama erat dan komitmen yang tinggi antara pihak guru dan ibu bapa amat diperlukan bagi memastikan kecemerlangan pelajar sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum, pembinaan sahsiah dan jati diri agar mereka berupaya memberi sumbangan terhadap kejayaan dan kecemerlangan sekolah.

No comments:

Post a Comment