PENGENALAN SEKOLAH TINGGI ISLAM AS-SOFA (STIAS)

  • 0


Sekolah Tinggi Islam As-Sofa (STIAS) [NLT 3001] merupakan sebuah pusat pengajian peringkat menengah yang didaftarkan secara rasmi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Swasta) pada tahun 2009 di bawah kelolaan Sofa Education Group (SEG). Pusat pengajian ini memberikan penekanan kepada Pengajian Islam di dalam Bahasa Arab, pengajian Bahasa Arab yang efektif dan hafazan al-Quran bagi para pelajar tingkatan 1 hingga 5 disamping menekankan subjek-subjek akademik Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) untuk melangkah seiring dengan arus perdana.
Bagi mencapai matlamat tersebut, sekolah ini mengaplikasikan kaedah pengajian tradisi para ulama’ antaranya melalui hafazan matan-matan ilmu dan ayat-ayat al-Quran. STIAS merupakan inisiatif Yayasan Sofa untuk melebarkan usaha memperlengkapkan dan memantapkan golongan muda dengan tarbiah islamiah dan budaya ilmu.
Para pelajar turut diberikan bimbingan dalam arena dakwah dan tarbiah supaya mampu menyampaikan mesej dakwah dengan berkesan di tengah-tengah
masyarakat mengikut acuan aqidah Ahli Sunnah wal Jama’ah.

No comments:

Post a Comment