PRINSIP PERKHIDMATAN

  • 0


MATLAMAT SEKOLAH

Ó Menyediakan perkhidmatan yang sistematik, telus dan berkualiti melalui pengurusan dan pentadbiran sekolah yang efisien.

Ó Mempertingkatkan kecemerlangan akademik melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti berteraskan teknologi maklumat.

Ó Memupuk sahsiah pelajar yang seimbang dalam usaha membangunkan modal insan yang gemilang.

Ó Memantapkan kegiatan kokurikulum melalui penglibatan pelajar secara menyeluruh.

Ó Mewujudkan suasana dan iklim sekolah yang kondusif, ceria dan selamat.


PIAGAM PELANGGAN

Kami Warga Sekolah Tinggi Islam As-Sofa  berikrar dan bertekad:


Ó Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelanggan.

Ó Melahirkan insan berketerampilan berasaskan penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ó Memberikan layanan yang baik dan saksama untuk mendapat pendidikan optimum.

Ó Membentuk sahsiah yang seimbang dan bermoral melalui tindakan peraturan secara profesional.

Ó Menyediakan khidmat bimbingan kaunseling, kesihatan dan kebajikan untuk kesejahteraan pelanggan.

Ó Memupuk bakat dan potensi pelajar untuk  meningkatkan daya saing yang tinggi menerusi kegiatan kokurikulum.

Ó Memelihara persekitaran yang bersih, segar dan harmonis demi percambahan minda.

No comments:

Post a Comment