SOALAN-SOALAN LAZIM BERKAITAN SEKOLAH TINGGI ISLAM AS-SOFA

  • 1

1.Soalan : Bolehkah ibubapa/penjaga hadir berjumpa anak di sekolah pada hujung minggu?

Jawapan : Boleh, iaitu pada setiap hari sabtu dan ahad sahaja (jika pelajar tiada program) jika pelajar terlibat dengan program, maka program sekolah perlu diutamakan. Masa melawat dari jam 11.30pg hingga 6.00ptg sahaja. Jika Tuan/Puan hadir selain dari hari sabtu dan ahad (kecuali kecemasan), ibubapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah dan hanya dibenarkan menyerahkan barang-barang kepada anak dari luar pagar sahaja melalui perantaraan pengawal keselamatan.

2.Soalan: Bilakah tarikh “outing” dan apakah syarat-syarat yang perlu diikuti pada hari “outing”?

Jawapan : Tarikh “outing” seperti yang ternyata di dalam taqwim 2013 iaitu 13/4/2013 , 29/6/2013, 16/11/2013. Jika Tuan/Puan hadir selain dari tarikh itu (sabtu dan ahad sahaja), ibubapa hanya dibenarkan berjumpa pelajar dalam kawasan sekolah sahaja. Syarat ‘outing’ hanyalah bersama ibu bapa masing-masing, pelajar wajib mengikut etika berpakaian, baju melayu putih + seluar slak hitam + kopiah putih (lelaki) dan jubah biru gelap/hitam (perempuan). Masa ‘outing’ hanyalah dari jam 11.30pg hingga 6.00 ptg sahaja.

3.Soalan: Bilakah pelajar dibenarkan pulang ke rumah?

Jawapan: Pelajar hanya dibenarkan pulang ke rumah berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan sahaja (sila rujuk taqwim sekolah 2013). masa yang dibenarkan pulang ialah selepas solat jumaat dan pelajar lelaki hendaklah menunaikan solat Jumaat terlebih dahulu.

4.Soalan : Jika ada kecemasan atau perkara yang difikirkan perlu, bolehkah pelajar dibenarkan pulang ke rumah?

Jawapan : Boleh, tetapi ibubapa hendaklah menghubungi Tel :06-4383707 , Faks: 06-4383711 dan memaklumkan kepada pentadbiran sekolah atau warden dalam kes-kes kecemasan. Manakala untuk hal tertentu ibubapa/penjaga MESTI mengemukakan surat permohonan kepada pentadbiran sekolah 3 hari lebih awal ke email : maahadassofa08@gmail.com. Surat permohonan akan diproses, sekiranya tarikh yang dipohon bertembung dengan program sekolah dan Kumpulan Pendidikan As-Sofa(SEG), maka permohonan membawa anak keluar tidak dibenarkan.

5.Soalan : Bolehkah pelajar membawa dan menggunakan pemain audio seperti walkman, mp3/mp4 atau alat komunikasi seperti telefon bimbit?

Jawapan : TIDAK dibenarkan. Jika ada, peralatan dan bahan-bahan tersebut akan dirampas (tidak akan dipulangkan). Penjelasan khusus berkenaan barangan terlarang ada dimuatkan didalam buku peraturan sekolah. Tindakan tatatertib dan nasihat akan dibuat terhadap pelajar yang melanggari peraturan.

6.Soalan : Bagaimanakah maklumat terkini atau makluman daripada pihak sekolah kepada ibubapa?

Jawapan : Informasi terkini akan di muat naik ke www.sekolahtinggiislamassofa.blogspot.com atau www.facebook.com/sekolahtinggi.islamassofa atau edaran surat melalui pelajar atau sms dari no.tel 0196929019.

 7.Soalan : Bolehkah pelajar membuat panggilan kepada ibubapa/penjaga?

 Jawapan : Boleh. Pelajar boleh menghubungi ibubapa menggunakan telefon awam yang disediakan di dalam sekolah pada waktu berikut. HARI PAGI PETANG JUMAAT - 3 PETANG – 6 PETANG SABTU & AHAD 10PAGI – 12 TENGAHARI 5 PETANG – 6 PETANG SELASA & KHAMIS - 5 PETANG – 6 PETANG.

8.Soalan : Bolehkah ibubapa/penjaga mengikuti kuliah yang dianjurkan di sekolah dan bilakah masanya?

Jawapan : Boleh dan sangat dialu-alukan. HARI MASA MAJLIS KHAMIS MALAM BERMULA MAGHRIB BACAAN SURAH AL-JUMAAT KAHFI & BURDAH BUSIRI *JUMAAT MALAM BERMULA MAGHRIB *SYARAHAN KITAB SABTU *Majlis bersama Dato’ Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki. (Pengerusi Sofa Education Group (SEG) , Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan)

9.Soalan : Adakah anak saya boleh menyimpan duit kepada warden?

Jawapan : Boleh dan sangat dialu-alukan. Pelajar disarankan tidak menyimpan wang tunai lebih dari RM30. Jika lebih, simpanlah kepada warden.

10.Soalan : Bagaimanakah etika pemakaian ibu bapa/penjaga semasa berada di kawasan sekolah?

Jawapan : Pakaian hendaklah menutup aurat, tidak ketat dan melambangkan ciri-ciri seorang islam.

11.Soalan : Adakah ibubapa/penjaga dibenarkan masuk ke dorm asrama?

Jawapan : Ibubapa/penjaga dan ahli keluarga pelajar TIDAK dibenarkan masuk ke dalam dorm asrama pelajar. Hal ini untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

 12.Soalan : Siapakah yang membenarkan pelajar pulang sekiranya pelajar sakit di asrama?

Jawapan : Pelajar hendaklah memaklumkan keadaan kesihatannya kepada warden terlebih dahulu. Warden yang membenarkan pelajar sakit itu pulang selepas membuat rawatan di hospital. Sekiranya ibu bapa mendapat tahu anak mereka sakit, ibu bapa hendaklah memaklumkan kepada warden sebelum membawa anaknya pulang. Warden Aspura : 0196468234 (Ust. Nur Aznan) Warden Aspuri : 01112388147 (Cikgu Farhana) *untuk sms sahaja. Panggilan tidak dilayan. Tuan/puan hanya perlu sms NAMA PELAJAR <jarak> TINGKATAN <jarak> PERKARA berkaitan asrama.

13.Soalan : Mengapakah barang keperluan pelajar diasrama kerap hilang?

Jawapan : Barang keperluan pelajar hilang disebabkan kesilapan dan kelemahan pelajar itu sendiri. Ini kerana di asrama tidak ada orang lain yang akan menjaga barangnya sendiri kecuali dirinya sendiri. Maka pelajar hendaklah ada sikap prihatin dengan barang sendiri. Sekiranya berlaku kecurian, pelajar hendaklah SEGERA melaporkan kejadian tersebut kepada warden.

14.Soalan : Bagaimanakah pakaian rasmi pelajar?

Jawapan : Isnin, selasa, khamis - uniform sekolah (baju korporat) Rabu - T-shirt rumah sukan/ Kadet Polis/ Kadet Pertahan Awam/ Puteri Islam Jumaat – Baju melayu putih lengkap bersampin sekolah (lelaki)

15.Soalan : Pukul berapa pelajar yang sakit di bawa ke klinik?

Jawapan: Jam 8.00 – 8.15 minit pagi (Selasa, Rabu dan Jumaat)

16.Soalan : Sekiranya pelajar sakit pada hari Isnin atau Khamis, adakah akan di bawa ke klinik?

Jawapan : Pelajar akan dibawa ke klinik HANYA jika ada temu janji doktor dan hal-hal kecemasan.

17.Soalan : Adakah pelajar yang mempunyai penyakit kritikal (rekod kesihatan yang sah), dimestikan/wajib berpuasa sunat pada hari isnin dan khamis?

 Jawapan : Bergantung kepada kemampuan pelajar tersebut. (dengan kebenaran guru kesihatan)

18.Soalan : Apa yang saya perlu lakukan jika anak saya mempunyai allergi terhadap makanan?

Jawapan : Ibubapa/penjaga boleh kemukakan surat rasmi kepada pihak sekolah sebagai pemakluman serta melampirkan surat pengesahan doktor sebagai rujukan/tindakan pihak sekolah.

19.Soalan : Apa yang pihak sekolah akan lakukan jika anak saya menghadapi penyakit berjangkit?

Jawapan : Tindakan awal pihak sekolah akan menghantar pelajar untuk mendapatkan rawatan di klinik berdekatan. Pihak sekolah akan menghubungi penjaga untuk mengambil anak pelajar pulang (cuti sakit) setelah mendapatkan nasihat daripada doktor.

20.Soalan : Jika anak saya menghadapi kes kecemasan adakah akan dihantar ke hospital?

Jawapan : Ya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah. Sekiranya kes kecemasan berlaku pada waktu persekolahan, maka pelajar akan segera dibawa ke klinik untuk rawatan. Sekiranya kes kecemasan berlaku di luar waktu persekolahan, pelajar terbabit akan dihantar oleh warden untuk mendapatkan rawatan di hospital berdekatan.

21.Soalan : Adakah anak saya diberi makanan yang seimbang?

Jawapan : Ya. Tetapi ibubapa digalakkan supaya membekalkan makanan tambahan kepada pelajar seperti vitamin, kismis minda, kurma, madu dll untuk meningkatkan kecerdasan minda.

22.Soalan : Bagaimanakah cara untuk saya mengajukan soalan/aduan/cadangan penambahbaikan Sekolah Tinggi Islam As-Sofa?

Jawapan : Tuan/puan boleh mengajukan soalan/aduan/cadangan melalui email hemstias@gmail.com yang akan diuruskan khas untuk soalan/aduan/cadangan sahaja. Perkara lain tidak akan dilayan untuk email ini.

1 comment:

  1. assalamualaikum...
    saya bersyukur diperkenalkan oleh seseorang untuk membentuk anak2 sy menjadi anak2 yang berjaya dunia dan akhirat lbh2 lg memerlukan paling kurang seorang anak sy untuk menjadi al hafiz dgn izinnya. anak sy baru berumur 10, 11 dan 5 thn. sy berhajat utk menghantar mereka diawal sekolah menengah. apakah ciri2 yg diperlukan oleh seseorang pelajar yg diperlukan utk membolehkan anak2 sy berjaya menjadi salah seorang pelajar di sana, mgkn dgn maklumat awal ini dpt sy memperkuatkan lg anak2 sy dlm beberapa perkara yg diperlukan oleh pihak sekolah, sy akui sy mgkn tidak terdedah dgn maklumat2 bkaitan dgn mhantar anak2 sbg al hafiz. mudah2an pihak pengurusan dpt mbantu dan merealisasikan persoalan sy. trima kasih bnyk2.

    ReplyDelete